Sunday, March 13, 2011

CINTA..CINTA..CINTA...


CINTA..CINTA..CINTA….
Hadirnya cinta tanpa ku duga..
Hadirnya dia tanpa ku sedari..
Hatiku agak terusik dengan kehadiran kedua mereka…
Aku tidak menginginkan kehadiran si dia lelaki…
Tetapi aku menunggu kehadiran cinta yang abadi…
Aku mengejar cinta itu…
Rupanya..amat sukar untukku kecapi….
Kerna aku hanya seorang hamba…
Hamba yang lemah…
Hamba yang banyak kekurangan
Hamba yang sentiasa melakukan kesilapan…
Hamba yang dibelenggu dengan dosa…
Terkadang…
Aku terfikir…
Wajarkah aku menerima kembali cinta seorang lelaki dalam idop ini???
Sedangkan aku keliru antara erti cinta dan sayang…..
Aku tidak mahu kekecewaan bertandang buat kali ke-2…
Lelaki..Lelaki…Lelaki..
Aku bukan memnbenci lelaki…
Aku hanya takut menerima lelaki dalam idop ini…
Kerna aku mahu memperteguh cinta antara aku dan DIA….
Sahabatku pernah memberitahuku….
‘CINTA TERHADAP LELAKI YANG KAMU CINTAI HANYA AKAN WUJUD SELEPAS PERNIKAHAN’
                                             By:siapalah aku di mata ALLAH

Saturday, February 5, 2011

sAudAra Umi

 diriku bersama kakanda iza....
 3 hero bugis...sepupuku..dinda irham dan dinda enot..dinda rafiq.
diriku..kakanda syamira..sepupuku kakanda iza...adinda nini...adinda nana...
bertudung kuning...sepupuku adinda iman...berbaju ungu..dinda alia..
suasana hari raya haji 2010 di rumah bonda saudaraku...FAK NOR...(mak cik nor) di lrg hj sulaiman,pontian,johor...

Wednesday, February 2, 2011

ADUHAI...WANITA BERTUDUNG LABUH.....





Aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah


Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan. Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.
Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit


Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah. Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku. Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal. Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

Di mana? Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada. Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali! Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik. Tudung tak labuh pun masih tutup aurat. Dont judge people by its cover. Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut


Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata. Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak. Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan. Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya. Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.
Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat.


              Saya harap pembaca dapat mengambil iktibar daripada cerita ini.Bagi para wanita muslimah,jagalah aurat anda kerna dirimu amat berharga.
                                                           Sekian,WASSALAM... 

Wednesday, September 8, 2010

my best friend kt MJSC PONTIAN

skunk aq nk cite pasal BFF aq kt MJSC PONTIAN...~tasha~alia~haziqah~fathin~atin~
tasha- nama penuh die NUR FARAH NATASHAH BT.ZAHID..die nie vice pressident kels aq,1 CAMBRIDGE..dak kelz aq pggil die GIGS or NENEK TUA..die nie emo skit..die mint kt seseorg yg gang aq gelarkan as TAMAN..die tinggl kt ulu tiram..alia-nama penuh die ALIA AMIRA BINTI SULAIMAN...die nie digelar sbg DORAEMON...aq ske g bilik die time aq lapo....paham2 je r nape aq ske g bilik die...die nie dulu 1 skol ngan aq..die mint kt seseorg yang gang aq gelarkan as JULING..haziqah-name penuh die NURHAZIQAH NAJIHAH BINTI JUMA'IN...die nie kecik je...aq slalu gaduh ngan die...tiap2 arie...die nie agak sensitif...die plak mint kt seseorg yg gang aq gelarkan as KOT...haziqah nie merupakan roomate aq...sebelah katil aq jerk..mungkin sebb 2 kitorg slalu gado..kt kels kitorg panggil die SHORTER THAN ME..die nie duk kt masai...fathin-name penuh die NUR FATHIN NABILAH BINTI MOHD YUSUF...die nie cun...die nie suke memekak kt bilik...dh r aq nie roomate die..die nie suke melalak lagu org puteh...die nie memg hantu maggi..bukn ape,die slalu mkn maggi..die nie mint kt seseorg yg gang aq gelarkan as ITAM..kt kels kitorg pggil die as BUL-BUL sebb dulu abg die org panggil BULU..die nie duk kt permas jaya...ar ten-name penuh die FATIN IZZATI BINTI MD SALLEH...die nie pembersih sesangat...die nie merupakan vice pressident homeroom aq..homeroom AZKA..kt kels,kitorg panggil die MATA 3...die nie lawak r jugak...die mint kt seseorg yg kitorg gelarkan CS..die nie duk kt parit betak..FATHIN AND HAZIQAH homeroom FATANAH...AQ,ALIA,TASHA AND AR TEN homeroom AZKA..ALIA,TASHA N HAZIQAH pakai SPECTACLES...miz u all so much...i hope our friendship will be everlasting and blessed by ALLAH..

my best friend forever

ari nie,aq nk cite psl BFF aq..nani,g-ha n nadia adlh BFF aq mse kt skola rendh dulu..ktorg memg rapat..nani-nama penuh die NUR HANANI BINTI SHAFIE..dulu die nie pengawas..dulu,aq slalu ngecek die makanan sebb ari2 die bwa bekal..die nie ade couple...nama pk we die AHMAD YASSIN HAZZIM B.AHMAD..yassin nie pown rapat dgn aq..yassin nie mint gile kt aril...sebb 2 r ktorg pggil die AWOK..skunk nie,aq x tw r nani n yassin nie still couple ke x?????nadia-nama penuh die NURUL NADIA BINTI MOHD SHAHIRAN...die nie student biase...tapi die nie cun...kaya plak 2..die nie single..die nie setia pada yang 1...sape r 2???nadia pown slalu bawa bekal g skolah..g-ha-nama penuh die NURUL NAJIHAH BINTI SUHIZULHISAM..die nie cute...dulu die nie pustakawan..tapi,malas nk bertugas..die nie suka jerit2..pekak telinga org dibuatnye..die nie dulu couple dgn AKMAL SYAFIQ B.ASPAR..tpi dh clash...skunk nie die couple dgn BFF syafiq plak..name BF die yg skunk nie..AHMAD NOOR LATIFF B.SAMSURI..kakak die satu skol dgn aq kt MJSC PONTIAN..KAK FIZA...vice pressident JPA...
ketiga-tiga BFF aq skunk nie skol kt SMK DATO'PENGGAWA BARAT..tiga-tiga amek kelas aliran agama..blajar B.ARAB...aq rin du kt dyorg...kt sini,gambo g-ha je x de...t aq letk r...nie r pasal BFF aq....

Sunday, September 5, 2010

Jika Aku Jatuh Hati

YA ALLAH...sesungguhnya aq hamba-MU yang lemah dan hina..KAU ampunilah segala dosa yang telah aq lakukan,,aq amat mghrpkn keampunan-MU,YA ALLAH..KAU lindungilah dan jauhkanlah aq dri sebarang maksiat...YA ALLAH..aq mghrpkn cinta dari-MU..berilah aq cintaMU...

juadah berbuka

ari nie mak aq masakkn mknn favourite aq...laksa johor...yummy!!enek banget...fathin,arie nie aq mkn laksa..tpi laksa johor bukn laksa penang...klu aq wt laksa penang,nnti aq anto post laju kt umah ko tw...x tw nk ckp ape...nie gambo dak skola lame aq..rindu kt dyorg...dyorg nie nakal n ske wt cikgu geram...~syafiq sahir~akmal syafiq~akmal zulkifly~amiruddin~danial~latep~aiman~haikal~khairi~